Kelas Microsoft Word (Jadual Bertugas Kelas)
25 Januari 2016 | Aktiviti TerkiniPada 24 Januari 2016 bertempat di dalam Bilik Latihan PI Padang Besar Selatan, Perlis telah berlangsung Kelas Microsoft Word (Jadual Bertugas Kelas). Aktiviti ini diadakan pada pukul 3.30 petang sehingga 5.30 petang. Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada para peserta tentang cara-cara membuat jadual bertugas kelas dengan menggunakan Microsoft Word. Para peserta menggunakan perisian Microsoft Word sebagai medium untuk mereka menghasilkan jadual bertugas kelas. Aktiviti ini juga bertujuan untuk membiasakan para peserta menggunakan peralatan ICT dalam melakukan sesuatu. Menerusi penggunaan Microsoft Word, peserta dapat menghasilkan jadual bertugas kelas yang lebih kemas dan teratur. Selain pada itu, aktiviti ini juga dapat merapatkan jurang antara komuniti setempat dengan staff PI.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: