26 Febuari 2015 | Aktiviti TerkiniKLIK DENGAN BIJAK: Bahagian 1
Pada 25 Februari 2015 bertempat di Sek.Ren.Keb Ujong Batu, Perlis telah berlangsung Program "KLIK DENGAN BIJAK : Bahagian 1". Program dianjurkan oleh staff PI Padang Besar (S) ini disasarkan kepada golongan masyarakat yang paling terdedah kepada gejala jenayah dan salah laku Siberia itu golongan kanak-kanak, belia dan juga para ibu bapa dan penjaga Kempen “Klik Dengan Bijak” adalah berteraskan Prinsip-prinsip Rukun Negara yang dilihat sebagai merangkumi kesemua perkara yang perlu ditekankan dalam kehidupan kesemua rakyat Malaysia dari pelbagai peringkat umur dan latar belakang. Kempen ini juga akan turut diselaraskan dengan “Kempen Budi Bahasa dan Nilai-nilai Murni” sebagai satu komponen penting, disamping selari dengan Matlamat Dasar Kebangsaan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Aktiviti ini dihadiri seramai 138 orang peserta. Dengan ada nya aktiviti ini, diharap para peserta dapat menggunakan internet dengan cara yang lebih berkhemah dan beretika.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: