dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Padang Besar Selatan, Perlis
  • Utama
    • Mengenai PI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Kdb Alert & Game – "Action Kamen" Di Skk Bake'lalan, Sarawak

20 November 2015 | Aktiviti Terkini

Pada 19 November 2015, Pusat Internet Padang Besar (s) bersama 5 lagi PI (Linggi, Langkawi, Niah, Skio dan Daro) telah mengadakan Program Kdb Alert & Game – "Action Kamen" di Skk Bake'lalan, Sarawak. Program ini diadakan pada pukul 9.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari. Program ini telah dihadiri seramai 86 orang murid dan 10 orang guru. KDB Tour diadakan sebagai salah satu cara pihak PI untuk mendekatkan diri dengan komuniti demi menyampaikan maklumat tentang KDB. Selain itu, terdapat juga ceramah berkenaan Buli Siber yang disampaikan oleh Encik Mohd Mu'izzuddin bin Rengga - Penolong Pengarah MCMC Sarawak (Cawangan Miri) Antara tetamu VIP yang hadir pada hari tersebut ialah Encik Mohd Mu'izzuddin bin Rengga - Penolong Pengarah MCMC Sarawak (Cawangan Miri), Encik Jonathan Anthony Hajok Penolong Pengarah MCMC Sarawak (Cawangan Miri) dan Encik Ekram Shah Ab Jalil – Penolong Eksekutif MCMC Sarawak (Cawangan Miri). Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi kesedaran tentang Kempen Klik Dengan Bijak kepada para peserta agar dapat sama-sama membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan bermatlamatkan Waspada, Keselamatan & Tanggungjawab dan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Serta mengajar peserta menjadi lebih waspada dan peka dengan keselamatan diri dan persekitaran.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.