dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Padang Besar Selatan, Perlis
  • Utama
    • Mengenai PI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Kelas Asas Komputer Bersama Tabika Kemas Padang Besar (S)

1 Oktober 2015 | Aktiviti Terkini

Pada 30 September 2015, Pusat Internet 1 Malaysia Padang Besar (s) telah mengadakan aktiviti bersama kanak-kanak tabika berumur empat sehingga enam tahun bertempat di Pusat Internet 1 Malaysia Padang Besar Selatan. Aktiviti ini diadakan pada waktu sekolah iaitu pada pukul 9.00 pagi sehingga 10.00 pagi. Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada kanak-kanak tabika tentang penggunaan komputer dan perkakasan komputer yang terdapat di tabika tersebut. Aktiviti ini dimulakan dengan tayangan video pembelajaran mari mengenal perkakasan komputer. Kemudian, mereka diberi latihan dengan menyebut kembali perkakasan yang telah diajar yang dipaparkan pada skrin supaya mereka dapat mengingati nama perkakasan tersebut.. Menerusi aktiviti ini, kanak-kanak tabika ini mendapat pendedahan awal tentang komputer dan fungsi perkakasan komputer.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.