Kursus Pengendalian Bakery Anjuran Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas)
3 April 2016 | Aktiviti TerkiniPada 30 Mac hingga 2 April 2016 telah berlangsung Kursus Pengendalian Bakery Siri 2 bertempat di Pusat Kegiatan Masyarakat (KEMAS) Simpang Empat. Kursus ini memberi tumpuan kepada pengeluaran roti, kek dan kuih-muih yang boleh dibekalkan kepada masyarakat. Pelajar-pelajar dilatih bekerja mengikut peraturan dan prosedur yang ditetapkan untuk menjamin hasil pengeluaran yang berkualiti, berkhasiat, menarik dan bersih.
Sepanjang kursus ini berlangsung para peserta telah diajar dan telah membuat beberapa jenis roti, kek dan biskut. Antaranya Potato Bun, Cupcake, dan Kek Lapis Masam Manis, disamping itu juga peserta diajar untuk mendecorasi sendiri cupcake yang telah mereka buat. Kursus seperti ini dapat membantu para peserta dari segi kemahiran dan dapat menjana ekonomi untuk menambah pendapatan. Selain itu, kursus ini juga dapat membantu untuk mempromosikan Pusat Internet 1 Malaysia kepada masyarakat sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi selain pembelajaran.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: