dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Padang Besar Selatan, Perlis
  • Utama
    • Mengenai PI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Majlis Iftar Bersama Warga Emas Rumah Kenangan Tun Siti Hasmah

15 Julai 2015 | Aktiviti Terkini

Pada 14 Julai 2015, satu Program Majlis Iftar bersama warga emas telah diadakan di Rumah Kenangan Tun Siti Hasmah. Program ini bermula jam 7.00 Malam. Pelbagai pihak turut terlibat secara langsung iaitu terdiri daripada keluarga Rumah Kenangan Tun Siti Hasmah, Pusat Internet 1 Malaysia Perlis ( Maxis dan Celcom ), Pusat Internet 1 Malaysia Napoh, Pusat Internet 1 Malaysia Jerlun, Wakil dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, wakil dari Sprintz Designs dan ramai lagi. Perjumpaan ini diadakan bagi mengeratkan hubungan antara warga emas dan pihak-pihak yang terlibat. Selain itu, ia juga merupakan satu program sambutan Bulan Ramadhan. Dengan adanya program ini, orang ramai dapat mengeratkan hubungan silaturrahim. Selain itu juga, ia dapat merapatkan jurang komuniti dengan Pusat Internet 1 Malaysia.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.