dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Padang Besar Selatan, Perlis
  • Utama
    • Mengenai PI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Majlis Berbuka Puasa Di Rumah Seri Kenangan Tun Siti Hasmah, Kangar Perlis

3 Julai 2016 | Aktiviti Terkini

Pada 2 Julai 2016, telah berlangsung Majlis Berbuka Puasa yang diadakan di Rumah Seri Kenangan Tun Siti Hasmah, Kangar Perlis. Objektif utama lawatan ini adalah untuk memupuk sikap penyayang, menyemaikan perasaan belas kasihan antara setiap ahli dan masyarakat sekeliling. Di samping itu, memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai pentingnya menghargai ibu bapa kita dan juga orang-orang tua yang memerlukan perhatian.

Program ini turut dihadiri tetamu kehormat YAM Sharifah Khatreena Nuraniah Bt DYTM Tuanku Syed Faizuddin. Menerusi program ini pihak yang terlibat dapat memahami dan menghargai kepentingan perkhidmatan sosial, menyemai sifat simpati dan keikhlasan untuk menolong masyarakat yang kurang bernasib baik. Dengan adanya program ini, orang ramai dapat mengeratkan hubungan silaturrahim. Selain itu juga, ia dapat merapatkan jurang komuniti dengan Pusat Internet 1 Malaysia.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.