dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Padang Besar Selatan, Perlis
  • Utama
    • Mengenai PI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Pertandingan Futsal antara PI Perlis dan Taklimat Klik Dengan Bijak

24 Mei 2015 | Aktiviti Terkini

Pada 24 Mei 2015, Pusat Internet Padang Besar (s) telah mengadakan aktiviti Pertandingan Futsal antara PI Perlis dan Taklimat Klik Dengan Bijak. Aktiviti ini diadakan pada pukul 8.00 pagi sehingga 2.00 petang bertempat di Pusat Internet 1 Malaysia Kg Surau. Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk memperkenalkan Pusat Internet 1 Malaysia kepada komuniti setempat dan menjalankan aktiviti bersama mereka. Aktiviti ini dimulakan dengan penerangan mengenai keburukan dan kebaikan internet serta penerangan tentang perkara yang tidak patut dilakukan di alam maya kepada para peserta. Selain itu, pertandingan futsal antara PI mampu memperkenalkan fungsi lain pusat internet sebagai pusat riadah dan memperkenalkan PI lain di sekitar Perlis kepada peserta justeru merapatkan hubungan silaturrahim antara peserta dan pengurusan PI.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.