29 Ogos 2016 | Aktiviti TerkiniSambutan Hari Kemerdekaan Bersama Komuniti Desa Lestari Padang Besar Selatan
Pada 28 Ogos 2016, telah berlangsung Program Sambutan Hari Kemerdekaan Bersama Komuniti Desa Lestari Padang Besar Selatan yang diadakan di Dewan Kg Padang Besar Selatan. Program ini dijalankan melalui perarakan merdeka dari dewan kampung ke Homestay En.Hamid sambil menunggu kedatangan rombongan merdeka dari Jabatan Penerangan. Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk memupuk semangat patriotik dalam kalangan komuniti serta memperingati jasa pahlawaan tanah air dan sejarah kemerdekaan Malaysia. Penduduk kampung dan pengunjung yang telibat juga turut mengibar jalur gemilang sebagai tanda kebanggaan menjadi rakyat Malaysia.
Menerusi program seperti ini, ia dapat mempromosikan Pusat Internet kepada masyarakat sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi selain pusat pembelajaran. Selain itu, aktiviti ini dijalankan bagi memeriahkan program-program yang dianjurkan komuniti serta melibatkan kakitangan PI. Staf Pusat Internet juga dapat mengeratkan lagi hubungan kerjasama dan silahtulrahim PI dengan komuniti setempat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: