26 Disember 2016 | Aktiviti TerkiniLawatan Dari Jkk Kg Baru 10 Lekir Sitiawan Manjung Parlimen Lumut
Pada 25 Disember 2016, Pusat Internet 1 Malaysia Padang Besar Selatan telah menjadi lokasi untuk Lawatan Dari Jkk Kg Baru 10 Lekir Sitiawan Manjung Parlimen Lumut. Lawatan ini diadakan untuk memperkenalkan Pusat Internet sebagai salah sebuah pusat digital komuniti serta memperkenalkan Kg Padang Besar Selatan sebagai salah sebuah Desa Lestari kepada pelawat.
Melalui lawatan ini, taklimat oleh wakil JKKK Kg Baru 10 dan wakil JKKK Kg Padang Besar Selatan turut dijalankan. Menerusi lawatan ini, ia dilihat mampu untuk menarik ramai lagi komuniti setempat dan luar untuk datang melawat dan menggunakan kemudahan yang disediakan di Pusat Internet 1 Malaysia. Selain itu, ia juga dapat mengeratkan hubungn silaratulrahim penduduk setempat dan luar yang mana ia selaras dengan usaha meramaikan kunjungan komuniti di Pusat Internet 1 Malaysia.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: