KLIK DENGAN BIJAK (KDB)
25 Jun 2015 | Aktiviti TerkiniPada 24 Jun 2015 bertempat di Sekolah Kebangsaan Simpang Empat, Perlis telah berlangsung Program "KLIK DENGAN BIJAK". Program ini disasarkan kepada golongan masyarakat yang paling terdedah kepada gejala jenayah dan salah laku siber iaitu golongan kanak-kanak. Kempen "Klik Dengan Bijak" adalah berteraskan Prinsip-prinsip Rukun Negara yang dilihat sebagai merangkumi kesemua perkara yang perlu ditekankan dalam kehidupan kesemua rakyat Malaysia dari pelbagai peringkat umur dan latar belakang. Kempen ini juga akan turut diselaraskan dengan "Kempen Budi Bahasa dan Nilai-nilai Murni" sebagai satu komponen penting, disamping selari dengan Matlamat Dasar Kebangsaan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Aktiviti ini dihadiri seramai 174 orang peserta. Dengan adanya aktiviti ini, diharap para peserta dapat menggunakan internet dengan cara yang lebih berkhemah dan beretika.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: