Photo Editing Using Paint
27 Jun 2015 | Aktiviti TerkiniPada 26 Jun 2015, Pusat Internet Padang Besar (s) telah mengadakan kelas "Photo Editing Using Paint". Aktiviti ini diadakan pada pukul 3.00 petang sehingga 5.00 petang bertempat di Pusat Internet Padang Besar (s). Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk memberi peluang kepada peserta menggunakan sendiri peralatan ICT untuk mengedit gambar. Aktiviti ini dimulakan dengan pengenalan tentang perisian Paint. Kemudian, peserta dikehendaki untuk mengedit gambar mereka sendiri. Sebagai contoh, meletakkan kotak dialog, melukis pelbagai bentuk dan meletakkan nama masing-masing. Diharap aktiviti ini dapat meningkatkan lagi pengetahuan peserta menggunakan perisian Paint.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: