Mari Mengenal Abc Bersama Tabika Kemas Padang Besar (S)
15 Jun 2016 | Aktiviti TerkiniPada 14 Jun 2016 bertempat di dalam Bilik Latihan PI Padang Besar Selatan, Perlis telah berlangsung Kelas Mari Mengenal ABC Bersama Tabika Kemas Padang Besar (S). Aktiviti ini diadakan pada pukul 9.00 pagi sehingga 10.00 pagi. Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada kanak-kanak Tabika tentang penggunaan komputer dan mengajar mereka mengenali ABC melalui internet. Para peserta mengenal ABC melalui pelbagai tayangan video dari Youtube dan learning game.
Aktiviti ini juga bertujuan untuk memberi pendedahan kepada kanak-kanak tabika tentang pembelajaran menggunakan ICT dan membantu kanak-kanak mengenal serta menyebut huruf-huruf ABC. Para peserta juga diberi latihan menggunakan Interactive board untuk menulis huruf ABC yang mereka pelajari. Selain pada itu, aktiviti ini juga dapat merapatkan jurang antara komuniti setempat dengan staff PI.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: