27 April 2016 | Aktiviti TerkiniMicrosoft Office: Membuat Label Minuman
Pada 25 & 26 April 2016 bertempat di dalam Bilik Latihan PI Padang Besar Selatan, Perlis telah berlangsung kelas Microsoft Office: Membuat Label Minuman. Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk membantu ahli PI membuat label untuk minuman yang akan dijual. Peserta diajar cara untuk memasukkan gambar ke dalam Microsoft Word serta diberi penerangan mengenai saiz gambar yang sesuai untuk dimasukkan ke dalam dokumen Microsoft Word.
Menerusi aktiviti ini, peserta dapat mengetahui cara mencari gambar menggunakan enjin carian Google. Selain itu, peserta dapat mengetahui cara untuk memuat turun gambar dari internet. Justeru dapat mengeratkan lagi hubungan kerjasama dan silahtulrahim PI dengan komuniti setempat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: