Latihan ICT : Cara membuat folio dengan betul menggunakan Microsoft Word
9 Mei 2015 | Aktiviti TerkiniPada 8 Mei 2015, Pusat Internet Padang Besar (s) telah mengadakan aktiviti bersama para peserta dari sekolah rendah tentang cara untuk membuat folio dengan betul menggunakan Microft Word.. Aktiviti ini diadakan pada pukul 3.00 petang sehingga 5.00 petang bertempat di Pusat Internet Padang Besar (s). Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan cara menggunakan Modul Pembelajaran Mirosoft Word 2013 dan mengajar cara untuk menghasilkan folio atau kerja kursus mengikut format yang ditetapkan. Aktiviti ini dimulakan dengan taklimat pengenalan Microsoft Word. Kemudian, mereka diberi latihan menaip folio mengikut format yang betul seperti yang diajar oleh tenaga pengajar. Menerusi aktiviti ini, para peserta dapat menghasilkan folio dengan format yang betul jika diberikan tugas oleh guru.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: