Kelas Belajar Menaip Menggunakan Notepad
6 Ogos 2016 | Aktiviti Terkini
Pada 5 Ogos 2016 bertempat di dalam Bilik Latihan PI Padang Besar Selatan, Perlis telah berlangsung Kelas Belajar Menaip Menggunakan Notepad. Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta untuk menaip dengan betul. Selain itu, ia juga bertujuan untuk menerangkan dengan lebih terperinci tentang fungsi Notepad serta memberi peluang kepada peserta untuk menggunakan sendiri peralatan ICT.
Menerusi aktiviti ini, para peserta dapat menggunakan peralatan komputer dan mempelajari cara menaip dengan betul dan laju dengan menggunakan perisian Notepad. PI juga dapat menjalankan aktiviti bersama komuniti setempat serta mengeratkan lagi hubungan kerjasama dan silahtulrahim PI dengan komuniti setempat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: